I have moved!!!
November 9th, 2007 by nszmySaya telah pun berpindah ke blog baru http://zshuhada.blogspot.com.
This blog will be no longer updated.
Cheers!
Saya telah pun berpindah ke blog baru http://zshuhada.blogspot.com.
This blog will be no longer updated.
Cheers!
Sudah tiba masanya kerajaan membuka peluang biasiswa atau pinjaman kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di luar negara, kalau inilah hasrat PakLah - untuk membangunkan pembangunan ihsan. Sebab, dalam era zaman kini, tempat yang paling hebat untuk mendalami Islam adalah di negara-negara Barat - US or Europe. Kita boleh lihat betapa laju Islam membangun, banyak kajian dan penyelidikan, ketelusan ilmu di mana-mana, perbincangan pelbagai isu terbuka, baik sensitif atau tidak. Mula kenali tokoh-tokoh Islam hebat sekarang yg berasal dari dunia ini - boleh jemput datang Malaysia bagi talk (tapi cost nak terbangkan deme la tinggi sikit, but it’s worth). Jika berpeluang, pelajar-pelajar juga perlu membuka minda untuk ke negara-negara ini, selain menuntut ilmu di bumi arab seperti Mesir, Jordan etc sahaja, lagipun sudah banyak universiti yang menawarkan bidang pengajian ini.
Assalamualaikum kawan-kawan semua. Apa khabar?
Saje je nak menulis lagi hari ni, sebab sekarang sedang ketandusan idea nak beraktiviti. Hmm, syukur, thesis sudah pun siap dijilidkan, ambil tengahari tadi, sekali kena ~104euro daaaaa for 2 books.. bankrupt ciklan! Tapi takpe, leh claim JPA nanti. Lagipun ini semua pelaburan dalam belajar, insyaAllah.
On the way back, beli strawberry kat Camden Street, sangatlah segar, sangatlah gebu, sangatlah juicy buahnya. Ish.. sedap betul. Bila makan tu, mulut pun jadi wangi macam baru lepas gosok gigi dengan ubat gigi Kodomo Lion hehe. Lepas tu singgah Hot Chili dengan ciklan, makan quarter pounder with cheese. 3.70euro sebiji, sedappp sangat!
Jumaat ni, pregnancy genap 30minggu, lagi 10weeks to gooo.. aih la masa, cepatnya! Sblm masak for dinner, saya n ain goreng cucur bilis. Masa nak potong2 bawang tu, jari hantu tangan sebelah kiri, "saaaaaaaaaaaaaaaaap", terhiris oleh pisau yang tajam itu, warghhh sakit!! Dan lukanya masih berdarah… Jap2 lagi benti la kot ni.
Ok lor.. jumpa lagi
Saya hairan, kenapa computer keyboard tak ikut susunan huruf? Kenapa huruf-huruf disusun berterabur? Bukankah menyusahkan kerja si pencipta keyboard?? Here is some information for this
Do you know what QWERTY is? Unsure - then just glance down at your computer key-board. The first six letters at the top left of your keyboard spell
it out – QWERTY. Well, did you know that this arrangement of letters,
along with the other 20 on the traditional keyboard were arranged that
way to make the job of typing more difficult? Let’s find out why?The first commercially successful typewriter was developed by
Christopher Latham Sholes in 1873. Originally, the keys were arranged
alphabetically. However, a problem soon arose. People became so adept
at using the keyboard that the keys would stick or jam when struck in
quick succession. In order to overcome this problem Sholes decided to
make the job of typing as slow as he possibly could. His solution? He
placed the most frequently used keys as far apart from each other as he
could. His keyboard became known as the QWERTY keyboard.
So, that is the reason why our keyboard is formatted the way it is.
The end.
Semalam, ahad, kami ke open house @ Packenham. Wallaa, banyak makanan n sodap2 gitu.. masih teringat2 nasi ayam yang lazat dan enak n kuih batang buruk yang susah nak dapat. Tapi, yang paling funny smlm, ada sekumpulan junior2 ni bergosip tentang saya, punya la kuat, dapat dengor seketoi2 perbincangannye mak oii.. kot ye pun nak bergosip, cover2 la sikit diikkk… nak tau apa yg depa gosipkan??? depa duk bincang bout my tummy haha. one of them perasan yg saya duk nengok depa, then dia pun datang "kak, kak, kami kompius akak pregnant ke?" haha.. what a funny question! saya pun jawab "kalau tak pregnant, korang rasa apa? akak boroi ye???" hehe.. tersipu2 adik tu…
Ate, kecik benor ke perut ni???? ciklan knows better kot, he knows my tummy before n after, he says my tummy dah besor gedabak. saya yg membawa pun, dah rasa besor n berat.. kira proportionate la kot dgn my badan ye tak.. dah badan ni kecik molek (cewahh), takkan nak perut sebesar orang tinggi 180cm pulak kan, haih…
Tapi, ipin cakap, saya dah berisi.. ciklan sejukkan hati, ciklan ckp "berisi jeee.. belum masuk kategori gemok" :p hehe. Papepun, tak sabarrrr sangat tunggu kelahirannya… mohon semua kawan-kawan doakan kesejahteraan saya melahirkan dan baby yang akan dilahirkan.
Tadi pergi antenatal check di Coombe Hospital, ain teman. Alhamdulillah, baby semua okay, cuma mama je yang tak ok. Doktor suh ambik iron sebab hemoglobin rendah. Hulaaa… kena makan manyak2 daging merah lepas ni….
Klik sini untuk gambar-gambar raya.
Meriah, banyak makan!!
Seawal 8.30 pagi, kami sudah bertolak ke Malaysia Hall Dublin (awal ke?), bergegas juga sebab ciklan nak kejar untuk bayar zakat fitrah. Setibanya di dewan solat muslimat, hairan juga bila orang yang datang ‘ciputtt’ je, tak seperti tahun lepas. Kata orang, ini disebabkan tahun nih Malaysia Hall tak buat jamuan makan on the hari raya tu, so ramai yang pilih untuk solat di masjid-masjid lain je. Duduk dalam 15 minit bertakbir, kami pun mula solat. Bila habis solat, saya toleh belakang, oh, penuh!!! Ramai yang datang lambat rupanya… (tapi tetap tak seramai tahun lepas).
Lepas itu, kami berkumpul di perkarangan Malaysia Hall tu, bergambar! Tapi tahun ini saya tak semangat sangat nak bergambar :p, sebab…
1. dah temuk :p hehe (but i’m happy gaining weight as the fetal growing :D)
2. baju tak sedondon (my baju dah tak muat!)
Kemudian, kami bergerak berkumpulan ke rumah Hj. Fauzi yang terkenal dengan teh tariknya… Tetamu beratur sampai keluar kawasan rumah untuk ambil makanan. Mulanya kami nak patah balik dah sebab barisan panjang sangat, tapi disebabkan teringin bebenor nak rasa teh tarik tu, saya pujuk ciklan beratur juga hehe. Mujur tak lama menunggu, sebab perempuan boleh masuk dulu. Menunya…
1. nasi dagang + ayam percik, telur rebus (ada sayur2, tapi tak perasan)
2. kek = sangat lazat!
3. teh tarik = terbukti sedap.
4. anggur = uih, very juicy.
Setelah itu, kami ramai-ramai ke South Circular Road. Pun sedap! Tapi perut dah ala-ala kenyang, jadi tidaklah makan dengan banyak. Menunya…
1. nasi impit + kuah kacang + rendang ayam
2. mi kari
3. air oren + ribena
4. puding marble
Seterusnya, rombongan ke rumah kami, Ovenden House :D hehe. Saya, ciklan n ain masak…
1. mi kuah = mi banyak lebih, tapi kuah licin hihi.
2. murtabak
3. kek batik
4. air pepsi je… hehe.
Solat zohor n asar di rumah kami. Lepas tu, konvoi kami bergerak ke Apartment 13, Swift Hall. Rumah lama ain, sue, badark n elly. Menunya…
1. nasi putih + ayam rendang = cedap, saya tambah 2x.
2. kek coklat = wooo… moist giler! Saya makan banyak, sampai ciklan suh stop :p hihi. elak temuk.
3. spaghetti
4. air lemonade
Dalam jam 6 petang lebih, kami ke Bolton Street pula, apartment Elle. Lawa rumahnya, besar! Masa ni saya dah tak larat makan. Badan dah penat n sakit belakang. Tapi… lepas solat maghrib, saya ngunyap kuih siput dgn banyaknye
Lepas tu balik… sampai rumah dalam jam 9.30 mlm. Tertidur, bangun, mandi n solat isya, n sambung tidur…
Hari raya kedua. Lepas subuh je, saya rebus lemang segera yang Mama pos dari Malaysia. Sedap!! Lepas juga kempunan. Cicah dengan rendang. Lepas breakfast, tiba-tiba perut diserang diarrhoea… mak aih.. sakitnya. Rupanya kami serumah sakit perut. Lepastu, bila tanya kawan-kawan lain, pun semua sakit perut (kecuali beberapa orang). Hihi. Lucu.
Jam 1 tengahari, syidah n suami dan zetty datang rumah. Kemudian, 3.30pm, kami ke open house rumah Elly di Rialto. Wallaaa.. sedap giler semua makanan! Menunya…
1. soto ayam + bergedil + nasi impit + kuah kacang + ayam percik = superb!
2. sagu = best.
3. keropok = mengasyikkan.
4. air koktel.
Kami balik rumah dalam jam 5.30pm, dan terus siapkan barang n makan-makan ciklan utk out station (peripheral). Sekarang.. saya tinggal sorang di rumah.. waduh.. sunyi.. tu sebab tulis blog ni panjang-panjang hehe.. sebab tak tahu nak buat apa di malam raya kedua ini.. tak berteman huhu.
Lewat jam 11.45malam, saya dapat panggilan daripada bonda dari Malaysia, memberitahu bahawa sepupuku, abangah telahpun mendapat cahaya mata lelaki. Alhamdulillah. Hehe bertambah ahli keluarga kami, keturunan Abdul Rahman Kawaid dan Taharah Abdullah. Alahai, macam manalah rupa ahli baru itu… banyak ikut muka abangah ke, atau isterinya jijah.. Kalau ikut abangah, kemungkinan besar sepet le matanya nampak gaye hihi.
Malam ini lebih mengantuk dari hari-hari lain, jadi dalam jam 10pm saya dah lelap. Tapi terjaga bila baby in my womb ni rancak menendang n menumbuk n melakukan balik kuang (somersault le tuh) hehe. Aktif betul baby Mama malam ni.
Tadi berbuka ayam masak kicap, telur goreng, n sup sayur. Semalam saya n ain buat nasi minyak n puding karamel, ciklan demand macam-macam sejak saya dah selesai thesis ni hehe. Katanya, nak kuih lopes pulak, ada sape-sape tahu macam mana nak buat? Boleh share resipi. Huik, tiba-tiba teringat-ingat sangat beef steak & pasta Jaz tempohari… perghhh meleleh.. lebih sedap dari kedai!
Semalam saya dah cuba baju-baju kurung tahun lepas. Wallaaa, masih
muat. Ada juga baju yang boleh dipakai tahun ini :) Hmm ok, waktu utk
sambung tidur… Esok nak bangun bersahur lagi. Selamat malam semua.
Oh, lapang dadaku bila tesis telahpun di submit. Alhamdulillah. Semoga Allah memberi rezeki kejayaan buatku, amin. Penat betul, dua tiga malam dah tido tak stabil, terutamanya semalam, saya hanya dapat 2jam tidur dalam tempoh 24jam. Masa pergi submit thesis, terhuyung hayang rasanya. Muntah lagi. Ciklan suruh berbuka je, tapi sayang pula nak tinggal puasa. Bila selesai semua urusan, balik rumah saya terus cari katil. Bangun2 je, lagi 30minit nak berbuka. Mula-mula ingat nak berbuka pizza je, tapi kesian sgt ciklan, dah la lembik penat puasa, takkan nak bagi makan pizza je kan?? So, dalam tempoh 20minit sebelum berbuka, saya n my housemate bertungkus-lumus masak kat dapo, ayam goreng, sambal tumis telur n sayur kobis goreng. Hehe. Alhamdulillah, kenyang mak oiii.. sebaik tak beli pizza hihi.
Sekarang, saya bolehlah digelar suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi, petang tadi masa keluar jalan-jalan dgn ciklan, usya2 gak kerja kosong. Insya-Allah, nak cuba apa yang boleh sementara ada kelapangan ni. Hopefully Garda tak buat hal nak bagi permit kerja (kalau dapat kerja lah hehe).
Jenuh juga fikir-fikir baju apa yang nak dipakai 1 Syawal nanti. Baju kurung semuanya tak muat nak disarungkan. Eii dah nak raya dah kan..? Lagi 8 hari… ishk cepatnye. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Walaupun telah lama meninggalkan alam kampus Universiti Malaya (UM), tetapi pengalaman 2 tahun berada dalam perwakilan mahasiswa membuatkan saya terus berminat mengikuti perkembangan pilihan raya kampus di IPTA, terutamanya di UM.
Baru-baru ini rupanya berlangsung pilihan raya kampus. Dulu, ‘zaman’ saya di UM, isu proaspirasi-propembangkang menjadi agenda utama. Saya pun tak faham, apa yang proaspirasi, apa yang propembangkang. Apa yang saya tahu, dulu bila naik jadi wakil mahasiswa, apa yang kita cuba usahakan adalah kepentingan mahasiswa. Mana datang proaspirasi, propembangkang, sampai sekarang saya tidak tahu.
Tetapi, bila tamat sahaja belajar, label yang di cop oleh orang sama ada kau ialah proaspirasi atau propembangkang tak bawa makna langsung dalam dunia sebenar. Rupanya itu hanya corak dan warna di pilihan raya kampus. Siapapun engkau, tidak memberi sebarang ‘ganjaran’ untuk kau ‘dapat lebih’ bila menjejakkan kaki ke dunia realiti. Sebab di dunia realiti, apa yang ada pada diri sendiri itu yang membawa diri sendiri ke hadapan, bukan label. Lucu!
Ini petikan berita dari Utusan Malaysia, 4 Oktober mengenai pilihan raya kampus yang berlangsung baru-baru ini.
Oleh THOMAS CHONG
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Kumpulan proaspirasi mengulangi kejayaan besar
hampir di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila berjaya
mencapai kemenangan mutlak dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) bagi sesi 2007/2008.
Pilihan raya kampus yang diadakan secara serentak di seluruh negara
itu bagaimanapun menyaksikan kumpulan proaspirasi tumpas di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Paling mencuri tumpuan pada pilihan raya kali ini ialah di
Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UIAM yang menyaksikan persaingan
sengit antara calon proaspirasi dan propembangkang.
Luar biasanya, pilihan raya kampus di UM tahun ini telah dicemari
dengan dakwaan kemunculan ‘pengundi hantu’ di pusat pengundian Kolej
Ke-12 di situ.
Utusan Malaysia difahamkan ‘pengundi hantu’ itu terdiri daripada
sekurang-kurangnya tiga pelajar Pusat Asasi Sains yang tidak layak
mengundi.
Keadaan itu juga menyebabkan satu ‘pilihan raya kecil’ terpaksa
diadakan di kolej kediaman itu. Keputusan penuh mengenainya dijangka
akan diketahui esok.
Di UIAM, Koordinator Gerakan Pro-Mahasiswa, Meor Affandi Meor Abd.
Aziz mendakwa calon propembangkang memenangi sekurang-kurangnya 18
kerusi daripada 27 yang dipertandingkan.
Kenyataan tersebut bagaimanapun ditolak penyokong proaspirasi yang
mendakwa calon mereka telah memenangi tujuh kerusi di kampus Gombak dan
bukannya dua kerusi seperti yang didakwa kumpulan propembangkang.
Kekeliruan itu timbul dipercayai disebabkan wujud calon yang menggelar diri mereka sebagai calon berkecuali.
Ramalan awal yang mengatakan akan wujud persaingan sengit antara dua
kumpulan itu di UKM bagaimanapun berakhir dengan kemenangan mudah
kumpulan proaspirasi yang memenangi 30 daripada 34 kerusi yang
dipertandingkan.
Di UPM, kumpulan proaspirasi mengekalkan pengaruhnya di kalangan
mahasiswa apabila propembangkang sekadar menang enam daripada 48 kerusi.
Kumpulan propembangkang UPM bertanding semula tahun ini selepas memboikot pilihan raya kampus tahun lepas.
Sementara itu, MPP Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi
dikuasai proaspirasi selepas calon kumpulan itu memenangi 37 kerusi
daripada 45 kerusi.
Keadaan sama juga berlaku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) apabila proaspirasinya mencapai kemenangan di 18 kerusi tetapi
tewas dua kerusi.
Calon proaspirasi terus menguasai MPP di Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia
(UUM).
Turut dikuasai proaspirasi ialah Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Perguruan Sultan
Idris (UPSI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti
Malaysia Perlis (UMP).
semalam bukak puasa dgn kari n roti canai (paratha), ain yg buatkan.. puh, cedap!!!!! puashati mcm kedai mamak kat malaysia. malam tadi jugak buat keropok lekor… sbb teringin sangat sangat!!! alhamdulillah, jadi, mcm pasar malam punya, but tak leh la lawan kepok lekong losong… cuma tawar sket.. takpe, lepas nih dah tau nak agak garam
nih lah kepok lekor perantau.
last week Dr.Shu ajak bukak puasa di rumahnya. sonok berbuka ramai2, walopun beaumont tu agak jauh dgn umah kami, tapi puas hati sbb makan best!! Dr.Shu n Dr.Nana masak nasi hujan panas, roti nan n ayam jefrezi (ish, ciklan duk puji je masakan ayam tu, jeles2). hehe. utk Dr.shu n Dr.nana, thankyouuu…
hooo.. dublin dah makin sejukkkkkkk!!!!